PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

 

Pada hari Isnin, bersamaan 24 Februari 2014, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan satu majlis Pelancaran Program Nilam yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tn Hj Yaman bin Ab. Latib. Matlamat Program Nilam dijalankan di sekolah ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.

Rasional Program Nilam dilaksana pula adalah suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

Majlis Pelancaran Program Nilam ini berakhir pada jam 8.50 pagi.

PrintEmail

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH 2014

Pada hari Isnin, 17 Februari 2014 Unit Bimbingan dan Kaunseling, dengan kerjasama Unit HEM SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan satu Majlis Pelancaran Program Pembangunan Sahsiah bagi sesi 2014. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu En Zulhijri bin Sabtu.

Pelancaran program ini termasuklah pelancaran Program Jom Ke Sekolah, Program Mentor Mentee dan juga Program Ketrampilan Diri.

Matlamat program pembangunan ini adalah untuk meningkatkan penampilan diri pelajar dan meminimakan salah laku disiplin dengan usahasama Pentadbir, Guru-guru, dan sokongan dari Pengawas sekolah dan ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Antara objektif program pembangunan sahsiah ini pula adalah:

  1. Membangunkan potensi diri murid.
  2. Meningkatkan disiplin diri murid.
  3. Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik.
  4. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid.

PrintEmail

PERASMIAN BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2014

 

Pada hari ini 10 Februari 2014, bersamaan hari Isnin adalah merupakan hari perasmian Minggu Teknik dan Vokasional peringkat sekolah SMK Sultan Mansor Shah. Majlis ini telah dirasmikan oleh GPK (1), Pn Hjh Norhati binti Ibrahim di hadapan para pelajar SMKSMS yang bertempat di Dataran Selamat.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan ini ialah:

 

5 FEBRUARI 2014

FOLIO PERDAGANGAN TINGKATAN 4 & 5

 

7 FEBRUARI 2014

KUIZ KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 1, 2 & 3

 

11 FEBRUARI 2014

KUIZ PERDAGANGAN

 

12 & 13 FEBRUARI 2014

KUIZ PRINSIP AKAUN

 

17, 18, 19 & 20 FEBRUARI 2014

KUIZ ICTL ONLINE

 

18 FEBRUARI 2014

PERTANDINGAN KEMAHIRAN HIDUP (PEMATERAN)

 

19 FEBRUARI 2014

PERTANDINGAN ELEKTRIK

 

20 FEBRUARI 2014

PERTANDINGAN MEMASAK MEN. ATAS & MEN. RENDAH

 

25 FEBRUARI 2014

PERTANDINGAN REKA BENTUK DAN HIASAN DALAMAN

 

26 FEBRUARI 2014

PERTANDINGAN JAHITAN

 

27 & 28 FEBRUARI 2014

KUIZ EKONOMI ASAS

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 30

(13 OGOS - 17 OGOS 2018

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 40 guests and no members online

Today 3

Yesterday 44

Week 270

Month 860

All 151517

Currently are 39 guests and no members online