Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini juga dibangunkan secara atas talian supaya ianya dapat dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan pihak Sekolah sendiri. Sistem ini juga dibangunkan khasnya adalah untuk meminimakan permintaan pihak berwajib berkaitan dengan anaiisis yang tepat bagi sesebuah sekolah, SAPS juga boleh dijadikan "Early Warning System" kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take of Value) dan AR (Actual Result). SAPS boleh dicapai melalui portal NKRA seperti berikut:

http://saps.moe.gov.my

Muat Turun Manual Pengguna

1. Manual Guru Kelas : Di Sini
2. Manual Guru Mata Pelajaran : Di Sini
3. Manual Guru SU Pep : Di Sini


 

PrintEmail

HARI KOKURIKULUM 2011

 

 

Hari Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibubapa menghargai kegiatan anak mereka di sekolah. Aktiviti yang bakal diadakan adalah seperti penyampaian anugerah kepada pelajar, pertandingan kawad kaki dan juga gerai jualan.

Objektif Hari Kokurikulum diadakan adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun pihak luar. Antaranya ialah;

  • Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform.
  • Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.
  • Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
  • Memberi peluang kepada ibubapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.

Pelajar-pelajar SMKSMS boleh mula membayar harga kupon kepada Guru Tingkatan masing-masing mulai esok (19 Julai 2011). Kupon bernilai RM 3.00 akan diedarkan kepada pelajar-pelajar pada pagi hari Jumaat ( 22 Julai 2011). Sekian, harap maklum.

PrintEmail

BULAN KECERGASAN 2011

 

Seperti yang kita ketahui, bulan Julai adalah merupakan Bulan Kecergasan yang disambut oleh setiap warga pendidik di seluruh Malaysia. Sambutan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Bulan Kecergasan di seluruh negara berlangsung pada 1 Julai 2011 yang lalu sehinggalah berakhir pada 31 Julai 2011 dengan bertemakan "1 Malaysia 1 Kecergasan".

Di peringkat sekolah, Program Bulan Kecergasan ini telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Yaman bin Ab Latib pada 18 Julai 2011 bersamaan hari Isnin dan bertempat di Dataran Selamat SMKSMS. Antara objektif Program Bulan Kecergasan ini diadakan untuk:

  1. Mendedahkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKSMS.
  2. Menggalakkan penghayatan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga SMKSMS.
  3. Melahirkan warga SMKSMS yang sihat dan cergas.
  4. Melahirkan pelajar yang meminati aktiviti riadah dan rekreasi.

Antara aktivti yang bakal dilaksanakan di peringkat sekolah pula ialah Ujian Saringan Kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah, memantau kandungan gula dalam darah dan juga memeriksa kadar berat badan (BMI). Selain daripada itu, pada 19 Julai 2011 juga akan diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring untuk penyertaan para pelajar.

PrintEmail

Sukan Tahunan 2011

OBJEKTIF SUKAN SMK SULTAN MANSOR SHAH

  1. Melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar dan berkualiti di peringkat sekolah.
  2. Melahirkan pelajar sekolah yang minat bersukan dan sihat.
  3. Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk semangat permuafakatan dan perpaduan yang utuh.
  4. Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.
  5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti bersukan.
  6. Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya dan profesion.
  7. Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.

PrintEmail

HEBAHAN PENGGUNAAN "HOME USE PROGRAM" DAN "MICROSOFT E-LEARNING PORTAL"

Sumber: JPN Melaka

 

FAEDAH-FAEDAH DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA).

2.       Adalah dimaklumkan bahawa terdapat dua (2) faedah yang boleh diperolehi oleh kakitangan KPM bagi Projek Membekal Perisian Lesen Microsoft Kepada Sekolah-sekolah dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah ProgramEducation Alliance Agreement (EAA) iaitu :

i)             Home Use Program; dan
ii)            Microsoft E-Learning Portal

3.       "Home Use Program"  adalah merupakan satu program yang membolehkan 240,000 kakitangan KPM membuat perolehan bagi perisian Microsoft Office secara online untuk kegunaan peribadi dengan harga sekitar RM28.00. "Microsoft E-Learning Portal" pula merupakan satu program yang memberi peluang kepada 240,000 kakitangan KPM mempelajari cara penggunaan perisian Microsoft secara online seperti penggunaan Microsoft Office, PowerPoint dan sebagainya.

 

Sila muat turun:-

i. Home Use Program

ii. Microsoft E-Learning Portal

 

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 15

(16 APR - 20 APR 2018)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 12 guests and no members online

Today 51

Yesterday 51

Week 263

Month 1025

All 146513

Currently are 10 guests and no members online