PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 3 UBK

 

Pada hari Rabu bersamaan 3 Februari 2016, satu program motivasi yang bertajuk Potensi Diri Pelajar Cemerlang telah diadakan untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3). Program berlangsung pada pukul 11.00 pagi di Bilik Seminar sekolah. Program tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang dikendalikan oleh dua orang kaunselor iaitu Tn Hj. Atan Bin Nordin dan Pn Normazila Bt Ismail. Program motivasi tersebut hanya melibatkan pelajar-pelajar kelas 3A, 3B dan 3C sahaja.

 

Antara pengisiannya ialah memberi kesedaran kepada para pelajar tentang potensi diri pelajar untuk berjaya. Selain itu, program ini memberi kesedaran awal kepada para pelajar untuk mencapai berjaya dalam PT3 yang akan mereka hadapi. Melalui program yang dijalankan para pelajar menunjukkan minat terhadap program tersebut dan berpotensi untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga program yang dijalankan ini akan memberi impak yang positif dalam diri para pelajar dan satu anjakan ke arah kecemerlangan diri mereka. Program berakhir pada pukul 12.40 tengahari.

PrintEmail

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 1

 

Pada hari Selasa bersamaan 2 Februari 2016, satu program pengenalan Kemahiran Hidup untuk pelajar Tingkatan 1 telah diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program tesebut dikendalikan oleh En Zulkefle Bin Md Jani, En Manaf Bin Md Daud dan Pn Rahayah Bt Omar. Program tersebut diadakan untuk memperkenalkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 tentang subjek Kemahiran Hidup yang ditawarkan oleh sekolah iaitu kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rurah Tanggga. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan sangat berminat dan bersemangat dengan program yang dijalankan.

PrintEmail

LAWATAN PENANDA ARAS OLEH UNIT KAUNSELING SMK NANING

 

Pada hari Khamis bersamaan 28 Januari 2016, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Mansor Shah telah menerima kunjungan daripada kaunselor dan pentadbir SMK Naning iaitu seramai 4 orang sebagai Lawatan Penanda Aras. Mereka terdiri daripada kaunselor SMK Naning, Pn Zuriana Bt Abdul Razi dan Pn Norlaila Bt Kasim serta GPK Pentadbiran Pn Noreta Bt Mohd Nor dan GPK HEM Pn Azizah Bt Yusop. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk berkongsi idea bagi meningkatkan lagi unit Bimbingan dan Kauseling sekolah masing-masing. Lawatan ke bilik kaunseling disambut oleh dua orang kaunselor sekolah iaitu Tn Hj Atan Bin Nordin dan Pn Normazilah Bt Ismail bersama GPK HEM Pn Nor Azimah Bt Asis.

 

Antara aktiviti dalam lawatan tersebut ialah kaunselor sekolah Tn Hj Atan Bin Nordin telah memberi taklimat tentang pengurusan unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah dan Psikometrik telah disampaikan oleh Pn Normazilah Bt Ismail. Selain itu, taklimat berkenaan Pembimbing Rakan Sebaya juga disampaikan. Lawatan tersebut diteruskan lagi dengan lawatan ke bilik Pengurusan Fail, bilik Kerjaya, Kaunter Pendaftaran, bilik Sesi Kaunseling Individu, bilik Sesi Kaunseling Kelompok dan lorong Sudut Informasi Unit Bimbingan dan Kaunseling. Sesi lawatan berakhir dengan penyampaian cenderamata daripada GPK HEM Pn Nor Azimah Bt Asis kepada GPK HEM SMK Naning, Pn Azizah Bt Yusop.

 

Ucapan Terima Kasih daripada pihak sekolah kepada kaunselor SMK Naning, Pn Zuriana Bt Abdul Razi dan Pn Norlaila Bt Kasim serta GPK Pentadbiran Pn Noreta Bt Mohd Nor dan GPK HEM Pn Azizah Bt Yusop. Semoga ikatan ukhwah akan terus terjalin antara kedua-dua sekolah demi kecemerlangan sekolah masing-masing.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH TINGKATAN 5

 

Pada hari Jumaat dan Sabtu bersamaan 29 Januari 2016 hingga 30 Januari 2016 selama dua hari satu malam, satu program Kecemerlangan Sejarah telah diadakan di SMK Sultan Mansor Shah. Program tersebut diadakan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kecemerlangan pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam subjek Sejarah, khasnya untuk pelajar 5 Sains dan 5 Prinsip Akaun iaitu seramai 41 orang.

Objektif bagi program tersebut ialah :

i) Melahirkan minat belajar dalam subjek Sejarah.

ii) Membina sikap yakin diri menjawab soalan Sejarah.

iii) Melahirkan pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam subjek Sejarah

iv) Membentuk pelajar yang bersedia dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam soalan

Sejarah terutama soalan KBKK dan KBAT.

v) Mendedahkan teknik menjawab soalan kepada pelajar.

Program tersebut berjalan lancar dan menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertainya. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diberikan sepanjang program tersebut dengan baik untuk digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang.

 

PrintEmail

LATIHAN RUMAH SUKAN 2

 

Pada hari Selasa bersamaan 26 Januari 2016, Latihan rumah sukan telah diadakan di padang SMK Sultan Mansor Shah. Latihan Rumah Sukan bermula pada pukul 2.50 petang. Pelbagai latihan sukan diadakan seperti Lari 100 meter, 400 meter, Lontar Peluru dan Lompat Jauh. Latihan rumah sukan dilakukan berbeza-beza mengikut jadual yang telah ditetapkan. Guru-guru penasihat mengenalpasti pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berpotensi untuk dipilih mewakili rumah sukan masing-masing sebagai persediaan Hari Sukan Sekolah. Latihan rumah sukan berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 4.30 petang.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 30

(13 OGOS - 17 OGOS 2018

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 78 guests and no members online

Today 3

Yesterday 44

Week 270

Month 860

All 151517

Currently are 77 guests and no members online