KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3 (BAHASA MELAYU)

 

Pada hari Sabtu bersamaan 12 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program melibatkan pelajar Tingkatan 3 yang tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan format peperiksaan dan dapat mengisi masa senggang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut.

PrintEmail

AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU 5

 

Pada hari Rabu bersamaan 17 Februari 2016, telah berlangsung aktiviti kokurikulum setiap unit beruniform sekolah. Aktiviti bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Setiap unit beruniform melakukan aktiviti masing-masing mengikut perancangan yang telah dibuat. Secara keseluruhannya aktiviti yang dilakukan setiap unit adalah kawad kaki. Hal ini kerana aktiviti tersebut merupakan persediaan untuk pertandingan kawad kaki untuk hari Sukan sekolah yang bakal tiba. Terdapat juga unit yang melakukan aktiviti seperti ikatan tali, masakan dan pelbagai lagi yang menarik. Setiap ahli unit memberi kerjasama yang baik serta guru-guru penasihat yang komited dalam  menjalankan tugas. Secara keseluruhannya, aktiviti kokurikulum minggu ke 5 ini berjalan dengan lancar dan baik.

PrintEmail

SUBMODUL PERISYTIHARAN HARTA DALAM SISTEM HRMIS

Seperti yang kita sedia maklum, semua penjawat awam diwajibkan membuat peristiharan harta bagi tempoh setiap 5 tahun. Sebelum ini pengisian borang dilaksanakan secara manual. Namun begitu, kini pihak JPA telah mewajibkan peristiharan harta dilaksanakan menggunakan kaedah 'online' menggunakan submodul yang telah disediakan dalam sistem HRMIS. Manual pengisian modul peristiharan harta secara 'online' ini ada disediakan di sini. Semua guru dan kakitangan dikehendaki memuat turun manual ini utk sebagai panduan membuat peristiharan harta masing-masing.

 

SILA KLIK SINI UNTUK MEMUAT TURUN MANUAL/PANDUAN

PrintEmail

KLINIK MATEMATIK TINGKATAN 3

 

Pada hari Rabu bersamaan 20 Januari 2016, satu program kecemerlangan Matematik Tingkatan 3 telah diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program tesebut bermula pada pukul 1.45 petang yang dikendalikan oleh Pn Nor Ashikin Br Hj. Mohd Kasim dan Pn Nadanadirah Bt Ahmad Kamal. Program tersebut diadakan untuk meningkatkan asas Matematik bagi pelajar tingkatan 3 dalam mata pelajaran Matematik. Program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 3A dan 3B sahaja.

Objektif bagi program ini ialah :

i) Menanamkan minat terhadap Matematik dalam kalangan pelajar.

ii) Meningkatkan pengetahuan asas Matematik bermula dengan operasi BODMAS.

iii) Meningkatkan keyakinan pelajar terhadap subjek Matematik.

iv) Menyediakan pelajar bagi menjawab soalan Matematik PT3.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut. Program berakhir pada pukul 3.30 petang.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 30

(13 OGOS - 17 OGOS 2018

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 80 guests and no members online

Today 3

Yesterday 44

Week 270

Month 860

All 151517

Currently are 79 guests and no members online