TAKLIMAT PRA PERKHEMAHAN MANSURIYYUN

Pada hari Sabtu bersamaan 17 Jun 2017, satu taklimat Pra Perkhemahan Mansuriyyun telah diadakan di kantin sekolah. Taklimat tersebut diadakan jam 10.40 pagi higga 12.10 tengahari. Antara guru yang terlibat ialah Pn. Nor Hafizah, Pn. Azlina, Semua Ketua Komandan, Pn. Zanariah, Pn. Haliza, En Omar serta semua peserta perkhemahan. Objektif bagi taklimat ini adalah menyelaras aktiviti-aktiviti perkhemahan yang akan dijalankan, membuat agihan penyertaan pertandingan bagi setiap badan beruniform dan memastikan semua persediaan awal dibuat oleh setiap pasukan. Diharapkan perkhemahan yang akan dijalankan pada 21 Julai 2017 akan datang berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat.

 

PrintEmail

KELAS 3pg BIOLOGI

Pada hari Sabtu bersamaan 17 Jun 2017, satu program yang dinamakan Kelas 3pg Biologi telah diadakan untuk tingkatan 5 Sains. Program tersebut dikendalikan oleh Pn. Nor Hafizah Bt Musa dan Pn Seetha yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi setiap hari Selasa hingga Khamis. Objektif utama program ini ialah para pelajar dapat menguasai konsep asas Biologi. Program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam subjek Biologi.

PrintEmail

UJIAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI LITERASI SAINS, MATEMATIK DAN BACAAN 2017

Pada hari Khamis dan Jumaat bersamaan 15 dan 16 Jun 2017, satu Ujian PKLSMB Berasaskan Komputer telah diadakan untuk semua pelajar Tingkatan 3 dan pelajar yang lahir tahun 2002. Ujian tersebut dikendalikan oleh Encik Faizal b Ramlan,Pn Noraida bt Haji Mohd Ali dan Cik Siti Zarina bt Ariffin yang diadakan di Makmal Komputer SMK Sultan Mansor Shah, bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Objektif ujian ini ialah melaksanakan pentaksiran kompetensi dan literasi Sains, Matematik dan Bacaan (PKLSMB) berasaskan  komputer. Selain itu, ia merupakan pembudayaan dalam pembelajaran abad ke 21. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar.

PrintEmail

"BIO GRAB CLASS"

Pada hari Khamis bersamaan 15 Jun 2017, satu program “Bio Grab Class” telah diadakan untuk pelajar  tingkatan 5 Sains. Program tersebut dikendalikan oleh Pn. Nor Hafizah Bt Musa dan Pn Seetha yang diadakan di Bilik Seminar SMK Sultan Mansor Shah, bermula jam 7.40 pagi hingga 9.10 pagi dan 11.30 pagi hingga 1.00 petang. Objektif utama program ini ialah para pelajar dapat menguasai konsep asas Biologi dan teknik menjawab esei bagi kertas 2. Program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam subjek Biologi.

PrintEmail

KELAS 3pg BIOLOGI

Pada hari Khamis bersamaan 15 Jun 2017, satu program yang dinamakan Kelas 3pg Biologi telah diadakan untuk tingkatan 5 Sains. Program tersebut dikendalikan oleh Pn. Nor Hafizah Bt Musa dan Pn Seetha yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Fatimah, bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi setiap hari Selasa hingga Khamis. Objektif utama program ini ialah para pelajar dapat menguasai konsep asas Biologi. Program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian para pelajar dalam subjek Biologi.

PrintEmail

PROGRAM SUNTIKAN A+ BIOLOGI SPM BERSAMA PETRONAS

Pada hari Khamis bersamaan 1 Jun 2017, satu program Suntikan A+ Biologi Spm Bersama Petronas untuk pelajar Tingkatan 5 Sains telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh. Program tersebut bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang yang dikendalikan oleh Pn Nor Hafizah Bt Musa, GPK Kokurikulum SMK Sultan Mansor Shah. Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh jawatankuasa kurikulum sekolah SMK Sultan Mansor Shah. Antara guru yang terlibat ialah pengetua Pn. Norsiah , Pn. Nor Hafizah, Pn. Seetha, Pn. Nadanadirah, Pn. Norashikin. Objektif bagi program ini adalah pelajar dapat menguasai teknik belajar yang berkesan dan mengenalpasti teknik menjawab soalan yang tepat. Program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian subjek Biologi dalam SPM 2017 kelak

PrintEmail

.

PENGUMUMAN

GURU BERTUGAS 2017

MINGGU 22

(19 - 22 JUN 2017)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 34 guests and no members online

Today 22

Yesterday 38

Week 136

Month 1566

All 132848

Currently are 33 guests and no members online