PROGRAM PERKASA BIO-KIMIA

 

Pada hari Khamis bersamaan 17 Mac 2016, satu program Perkasa Bio-Kimia untuk pelajar yang akan menghadapi SPM telah diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi yang dikendalikan oleh Pn Nor Hafizah Bt Musa, GPK Kokurikulum SMK Sultan Mansor Shah. Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh jawatankuasa kurikulum sekolah SMK Sultan Mansor Shah. Ia  merupakan satu program kerjasama antara SMK Sultan Mansor Shah dan SMK Sungai Udang yang bertujuan untuk memantapkan konsep asas para pelajar  dalam mata pelajaran  Biologi dan Kimia seterusnya dapat meningkatkan pencapaian subjek elektif tersebut dalam SPM 2016 nanti.

Matlamat program ialah :

i) Meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran elektif dalam SPM 2016.

Objektif bagi program tersebut ialah :

i) Untuk meningkatkan motivasi dan minat pelajar.

ii) Meningkatkan penguasaan konsep asas subjek terpilih.

iii) Meningkatkan  penguasaan teknik menjawab soalan para pelajar.

Program tersebut berjalan lancar dan menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertainya. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diberikan sepanjang program tersebut dengan baik untuk digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS PT3

KELAS : 3 ARIF DAN 3 BESTARI

KELAS : 3 CERDAS, 3 DEDIKASI DAN 3 EFEKTIF

Pada hari Rabu bersamaan 16 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di Pusat Sumber dan Pusat Akses, SMK Sultan Mansor Shah. Program tesebut bermula pada pukul 8.30 pagi yang dikendalikan oleh Pn Rokiah Bt Shaffie dan Pn Mastura Bt Ahmad. Program ini dijalankan dalam dua kumpulan pelajar yang dikendalikan oleh dua orang guru.

Objektif bagi program ini ialah :

1. i)                         i) Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris PT3.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut. Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS TINGKATAN 5

 

Pada hari Selasa bersamaan 15 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 5 telah diadakan di SMK Sultan Mansor Shah. Program melibatkan pelajar tingkatan 5 tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar dan meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris. Selain itu, program yang dilakukan semasa cuti sekolah ini dapat mengisi masa senggang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN KEMAHIRAN HIDUP PT3

 

Pada hari Isnin bersamaan 14 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Kemahiran Hidup untuk pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di Bilik Jahitan & Bengkel Kemahiran Hidup, SMK Sultan Mansor Shah. Program tesebut bermula pada pukul 8.30 pagi yang dikendalikan oleh Pn Rahaya Bt Omar, Cik Suriati Bt Abd Rahim, En Zulkefli Bin Md Jani dan  En Omar Bin Ibrahim. Program ini juga merupakan bengkel menjawab soalan KBAT bahagian B Kemahiran Hidup PT3 secara berkumpulan.

Objektif bagi program ini ialah :

i) Memperkenalkan dengan teknik menjawab soalan Kemahiran Hidup PT3.

ii) Pengenalan tentang cara pengiraan markah dibuat.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan berminat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut. Program berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PT3

 

Pada hari Sabtu bersamaan 12 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di SMK Sultan Mansor Shah. Program melibatkan pelajar Tingkatan 3 yang tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan format peperiksaan dan dapat mengisi masa senggang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut. Diharapkan program yang dirancang sepanjang cuti sekolah ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan kelak.

PrintEmail

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 (BAHASA MELAYU)

 

Pada hari Isnin bersamaan 15 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Melayu untuk pelajar Tingkatan 5 telah diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program melibatkan pelajar tingkatan 5 tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar dan meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris. Selain itu, program yang dilakukan semasa cuti sekolah ini dapat mengisi masa senggang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 30

(13 OGOS - 17 OGOS 2018

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 95 guests and no members online

Today 3

Yesterday 44

Week 270

Month 860

All 151517

Currently are 95 guests and no members online