SESI FOTOGRAFI KADET POLIS

 

Pada hari Rabu bersamaan 23 Mac 2016, satu sesi fotografi bersama pentadbir dan guru-guru penasihat bagi pasukan Kadet Polis Lelaki dan Perempuan telah diadakan bersempena kejayaan mereka merangkul kejayaan menjadi Johan Kawad Kaki Kadet Polis Lelaki Peringkat Negeri Melaka. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pasikan Kadet Polis Mansuriyyun.

PrintEmail

INFOHUNT 2016

 

Satu program yang diberi nama INFOHUNT 2016 anjuran Pusat Sumber SMK Sultan Mansor Shah telah berlangsung pada hari Selasa bersamaan 22 Mac 2016. Program tersebut merupakan kerjasama bersama Managament and Science University, MSU Shah Alam. Program berlangsung pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Program tersebut hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 Sains, 5 Prinsip Akauan dan 5 Ekonomi Asas. Selain itu, Pengawas Pss tingkatan 5 MPV dan 6 orang pelajar tingkatan 5 PSV juga terlibat dalam program tersebut. Para pelajar begitu bersemangat dan kerjasama kumpulan yang sangat baik dapat dilihat oleh semua kumpulan. Program berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada para pelajar, guru-guru dan pihak MSU. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak MSU atas program tersebut.

PrintEmail

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG KAWAD KAKI KADET POLIS DAN GIMNASTIK

 

Pada hari Isnin bersamaan 21 Mac 2016, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan ketika perhimpunan di Dataran Tun Perak, SMK Sultan Mansor Shah. Majlis dikendalikan oleh En Hj Manaff Bin Md Daud. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Norsiah Bt Masdar, Pengetua SMK Sultan Mansor Shah diiringi oleh Puan Nor Hafizah Bt Musa, GPK Kokurikulum. Hadiah berupa medal, sijil dan banner bagi acara Gimnastik diberikan kepada Saudara Salman Irfan Bin Muhammad Syazwi Sevasamy yang memenangi Naib Juara bagi Senaman Lantai dan Melombol. Bagi pemenang Kawad Kaki Kadet Polis Lelaki pula telah SMK Sultan Mansor Shah telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. Hadiah berupa medal, sijil dan banner telah diberikan kepada Afiq Lokman dan Muhd Izz Hazim Bin Zamri. Tahniah...Tahniah...atas kejayaan yang telah mengharumkan dan membanggakan nama sekolah.

PrintEmail

SYABAS DAN TAHNIAH!!

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Kadet Polis Lelaki SMK Sultan Mansor Shah kerana telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Peringkat Kontijen Melaka Kor kadet Polis Negeri Melaka 2016. Kejayaan ini telah mencipta sejarah sekolah buat pertama kalinya menjadi Johan bagi pertandingan tersebut. Terima kasih juga kepada guru-guru yang begitu komited dan memberi semangat kepada ahli pasukan sehingga meroleh kejayaan. Mansuriyyun Hebat!!

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM BAHASA INGGERIS

 

Pada hari Khamis bersamaan 17 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 5 telah diadakan di Bilik Tun Perak, SMK Sultan Mansor Shah. Program tesebut bermula pada pukul 8.30 pagi yang dikendalikan oleh Pn Sughandi a/p Datuk Raghavan. Program ini hanya melibatkan pelajar tingkatan 5 Sains dan 5 Ekonomi Asas sahaja.

Objektif bagi program ini ialah :

1. i.                                   i) Meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan komponen sastera Bahasa Inggeris.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut. Program berakhir pada pukul 12.45 tengah hari.

PrintEmail

KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 5 (MATEMATIK)

 

Pada hari Khamis bersamaan 17 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 5 telah diadakan di Bilik Tun Perak, SMK Sultan Mansor Shah. Program tesebut bermula pada pukul 8.30 pagi yang dikendalikan oleh Pn Siti Marlini Bt Abu Kasim, En Alias Bin Nayan dan Pn Foo Mei Ling. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 5 Ekonomi Asas dan 5 Ekonomi Pendidikan Seni Visual sahaja. Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar yang akan menghadapi SPM tentang teknik menjawab soalan Matematik dengan betul. Tumpuan hanya diberikan kepada soalan Matematik kertas 2 sahaja.

Objektif bagi program ini ialah :

i) Pelajar dapat belajar teknik menjawab soalan Matematik kertas 2 SPM dengan betul.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut. Program berakhir pada pukul 12.45 tengah hari.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 30

(13 OGOS - 17 OGOS 2018

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 94 guests and no members online

Today 3

Yesterday 44

Week 270

Month 860

All 151517

Currently are 94 guests and no members online