PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK 2014

Pada hari Isnin bersamaan 31 Mac 2014, panitia sains dan matematik SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan Pelancaran Bulan Sains dan Matematik yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Yaman bin Ab Latib.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan semasa pelancaran itu tadi ialah Kuiz Spontan. Tepukan gemuruh telah diberikan kepada semua peserta yang telah berjaya menjawab soalan-soalan spontan dengan jayanya.

Beberapa aktiviti lain yang akan diadakan sempena bulan sains dan matematik ini ialah antaranya ialah Kuiz Sains, Kuiz Matematik, Pertandingan Soduku, Pertandingan Rekacipta dan juga Program Kitar Semula selama sebulan.

Majlis Pelancaran ini berakhir pada jam 8.30 pagi.

PrintEmail

KEJOHANAN BADMINTON MSSNM KAWASAN ALOR GAJAH TAHUN 2014

Pada 17 hingga 20 Mac 2014 yang lepas, sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah menjadi tuan rumah di dalam acara kejohanan badminton MSSNM peringkat kawasan Alor Gajah. Kejohanan ini telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Tampin. Sebanyak 11 buah sekolah di sekitar Alor Gajah telah menyertai kejohanan ini dan sebanyak 4 kategori pertandingan telah dipertandingkan iaitu kategori perempuan bawah 15 tahun, lelaki bawah 15 tahun, perempuan bawah 18 tahun dan lelaki bawah 18 tahun.

Johan kategori pelajar lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dimenangi oleh sekolah SMK Dato' Dol Said, manakala kategori perempuan bawah 18 tahun dimenangi oleh SMJK Pulau Sebang dan bagi kategori lelaki bawah 18 tahun pula telah dimenangi oleh SMK Durian Tunggal.

Kejohanan badminton berakhir pada hari Khamis 20 Mac 2014 dan majlis penutup dirasmikan oleh En Arshad bin Othman, Pegawai SIJC Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah.

PrintEmail

PEMENANG-PEMENANG BULAN TEKNIK DAN VOKASIONAL TAHUN 2014

Pada bulan lalu telah berlangsungnya bulan teknik dan vokasional di SMK Sultan Mansor Shah. Pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan sempena berlangsungnya bulan teknik dan vokasional ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ialah Kuiz ICT online, pertandingan memasak dan sebagainya. Para pelajar yang berjaya di dalam pertandingan tersebut telah diberi sijil penghargaan oleh pihak sekolah pada hari Isnin 17 Mac 2014 yang lalu.

PrintEmail

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNM KAWASAN ALOR GAJAH TAHUN 2014

Pada 3-6 Mac 2014 yang lalu, telah berlangsungnya satu kejohanan olahraga MSSNM bagi kawasan Alor Gajah. Kejohanan olahraga ini telah diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sekolah SMK Sultan Mansor Shah telah berjaya menggondol 5 pingat EMAS, 7 pingat PERAK dan 10 pingat GANGSA. Sekolah SMK Sultan Mansor Shah juga telah berjaya mendapat tempat ke-empat untuk keseluruhan acara olahraga ini. Tahniah diucapkan kepada semua olahragawan dan olahragawati sekolah.

PrintEmail

.

PENGUMUMAN

GURU BERTUGAS 2017

PUAN LIAN OI CHOO

PUAN ZAINALINA BINTI YAAKOB

EN ZAMRI BIN ISMAIL

EN AMAR BIN IBRAHIM

MINGGU 33 (11 - 16 SEPT 2017)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 28 guests and no members online

Today 51

Yesterday 34

Week 140

Month 1019

All 137322

Currently are 27 guests and no members online