TAKLIMAT BORANG KEBERHASILAN PBPPP & PERKHEMAHAN 2017

Pada hari Khamis bersamaan 4 Mei 2017, satu taklimat berkenaan borang keberhasilan PBPPP dan perkhemahan telah diadakan. Taklimat disampaikan oleh Tn Hj Mohd Raihan Bin Ithnin dan Pn Nor Hafizah Bt Musa yang diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. 

PrintEmail

PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN DRAMA MODEN SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2017

SYABAS & TAHNIAH

KEPADA TEAM DRAMA

Pada hari Khamis bersamaan 4 Mei 2017, ketika perhimpunan ringkas telah diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Drama Moden Sekolah Menengah Negeri Melaka yang telah diadakan pada 3 Mei 2017. Pasukan sekolah telah mencipta sejarah kerana berjaya merangkul gelaran Juara dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan tersebut dan ucapan syabas dan tahniah kepada pasukan drama sekolah. Semoga pada masa akan datang kejayaan akan terus dilakar oleh para pelajar SMK Sultan Mansor Shah.

PrintEmail

PERTANDINGAN DRAMA MODEN SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2017

      

Pada hari Rabu bersamaan 03 Mei 2016, pasukan drama sekolah telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Drama Moden Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dewan SJKC Cheng, Melaka. Pertandingan tersebut telah disertai sekolah-sekolah menengah di sekitar negeri Melaka yang dirasmikan oleh Tn Hj Jaafar Bin Seman. Objektif pasukan sekolah menyertai pertandingan tersebut ialah membina keyakinan diri melalui persembahan, memupuk jati diri dan disiplin pelajar. Pasukan sekolah berjaya merangkul gelaran Juara buat pertama kalinya. Syabas dan Tahniah atas usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang memberi bimbingan. Semoga akan lebih berjaya pada masa akan datang.

PrintEmail

HI-TEA SEMPENA MERAIKAN PERSARAAN “SANJUNGAN BAKTI JUNJUNGAN BUDI” EN JUSVIR SINGH A/L GURDEV SINGH

Pada 2 Mei 2017 bersamaan hari Jumaat, sempena persaraan “Sanjungan Bakti Junjungan Budi” untuk En Jusvir Singh A/l Gurdev Singh kelab guru sekolah telah mengadakan satu Jamuan HI-TEA yang telah diadakan di King Hotel. Majlis dihadiri oleh guru-guru SMK SMS dan tetamu-tetamu jemputan. Majlis berbentuk santai dan penyampaian hadiah oleh guru-guru, staf sokongan dan warga sekolah untuk En Jusvir juga diadakan tanda penghargaan kepada beliau sepanjang perkhidmatannya. Majlis berakhir dengan acara bergambar oleh warga sekolah dengan En Jusvir. Warga SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Jusvir Singh A/l Gurdev Singh atas jasa dan bakti beliau sepanjang menjadi pendidik di sekolah ini. SELAMAT BERSARA EN JUSVIR SINGH A/L GURDEV SINGH. 

PrintEmail

MAJLIS PERSARAAN “SANJUNGAN BAKTI JUNJUNGAN BUDI” EN JUSVIR SINGH A/L GURDEV SINGH DAN PEMBUKAAN GALERI SEJARAH

Pada 2 Mei 2017 bersamaan hari Selasa, satu majlis persaraan “Sanjungan Bakti Junjungan Budi” untuk En Jusvir Singh A/l Gurdev Singh telah diadakan dengan begitu meriah di Dewan terbuka SMK Sultan Mansor Shah. Majlis telah dihadiri oleh wakil Pegawai PPD untuk memeriahkan lagi majlis. Majlis dimulakan dengan paluan kompang tanda ketibaan orang yang diraikan En Jusvir Singh A/l Gurdev Singh bersama keluarganya. Majlis dimeriah lagi dengan beberapa persembahan nyanyian dan tarian daripada pelajar-pelajar. Penyampaian hadiah oleh warga sekolah untuk beliau Alias juga diadakan tanda penghargaan kepada beliau sepanjang perkhidmatannya. Majlis diteruskan dengan upacara memotong manisan oleh Cikgu Jusvir bersama keluarga. Selepas itu, majlis pembukaan Galeri Sejarah diadakan yang dirasmian oleh beliau. Majlis berakhir dengan, semua pelajar berbaris bersalaman dengan Cikgu Jusvir tanda majlis akan berakhir. Warga SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Jusvir Singh A/l Gurdev Singh atas jasa dan bakti beliau sepanjang menjadi pendidik di sekolah ini. SELAMAT BERSARA EN JUSVIR SINGH A/L GURDEV SINGH. 

PrintEmail

.

PENGUMUMAN

GURU BERTUGAS 2017

MINGGU 22

(19 - 22 JUN 2017)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 4 guests and no members online

Today 22

Yesterday 38

Week 136

Month 1566

All 132848

Currently are 3 guests and no members online