Pembestarian Sekolah

 

1BestariNet

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.

 

 

Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

 

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

Skop Pembestarian Sekolah


Pelaksanaan pembestarian inidimanfaatkan (leverage) kepada semua inisiatif  ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi Pengurusan. Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai pencapaian ICT yang sama, dengan :-

  1. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi
  2. Menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap
  3. Memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Pembestarian Sekolah akan memanfaatkan tiga (3) elemen utama iaitu yang telah dilaksanakan ke sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian seperti berikut:

  • PROJEK MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
  • PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)
  • RANGKAIAN SCHOOLNET
  • RANCANGAN TV PENDIDIKAN
  • PROJEK RINTIS SEKOLAH BESTARI
  • ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • PERKONGSIAN PINTAR DENGAN SYARIKAT SWASTA
  • LATIHAN ICT BAGI GURU-GURU
  • PENGURUSAN PERUBAHAN BAGI GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

 

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

Status Semasa Dan Cabaran

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.

Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk pembekalan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari. Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM 1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM 642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk setiap buah sekolah.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses-kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced)

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif  ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software and wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkain SchoolNet.

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahupun dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Managemant System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemuudahan ICT yang disediakan.

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

 

Dasar Dan Matlamat

Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu:

  1. ICT untuk semua pelajar.
  2. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan komponen mata pelajaran.
  3. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan..

Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.

 

Sumber: Bahagian Teknologi Pendidikan

PrintEmail

  • /index.php/profil-sekolah
  • /index.php/unit-ict/2-utama/24-pengarah-jabatan-pelajaran-melaka-2011