PERTANDINGAN BLOG NILAM-PUSTAKAM 2018

Kepada

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Kebangsaan

Negeri Melaka

 

Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN LAMAN BLOG / PORTAL PERPUSTAKAAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA (PUSTAKAM) TAHUN 2018

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa PUSTAKAM akan menganjurkan Pertandingan Laman Blog / Portal peringkat Negeri Melaka secara kolaborasi dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah. Maklumat pertandingan adalah sebagaimana berikut:-

 

Perkara

Tarikh

Pendaftaran secara atas talian (online).

  9 April 2018

Pendaftaran ditutup

30 April 2018

Penghakiman akhir di SMK Sultan Mansor Shah

(Penghakiman untuk 10 buah sekolah yang telah dipilih hasil daripada penghakiman awal)

19 Julai 2018

 

3.         Sehubungan dengan itu, semua Sekolah Menengah Kebangsaan adalah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh dirujuk melalui laman web www.smksms.com.    

 

Sekian, terima kasih.

 

FORMAT & SYARAT PERTANDINGAN

 

i. Pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah menengah negeri Melaka.

ii. Setiap sekolah perlu menghantar satu penyertaan sahaja yang terdiri daripada 3 orang murid dan seorang mentor (guru pengiring).

iii. Setiap penyertaan mestilah menggunakan rekabentuk laman blog dan alamat domain yang baharu. Isi kandungannya perlu mengikut tema pertandingan.

iv. Setiap penyertaan perlu mengisi borang pendaftaran berserta alamat laman blog secara online pada portal www.smksms.com sebelum 30 April 2018. 

v.  Penilaian akan dilakukan menerusi capaian ke atas laman blog menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0 ke atas menggunakan alamat  domain yang diberikan.

vi. Sila nyatakan saiz frame yang ideal bagi setiap laman blog.

vii. Hanya 10 penyertaan yang terpilih akan bertanding ke peringkat akhir. Pada peringkat akhir murid akan membuat pembentangan dalam tempoh 10 minit dan sesi soal jawab oleh juri dalam tempoh 5 minit. Penyertaan yang terpilih akan dipaparkan pada portal www.smksms.com untuk tatapan umum.

viii. Semua hasil kerja juga mestilah asli dan bebas daripada virus, kod aturcara mencurigakan, unsur perkauman, kebencian politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

ix. Sekiranya bahan hak cipta terpelihara digunakan, keizinan haruslah diperolehi terlebih dahulu daripada pemilik hak cipta tersebut. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan hak cipta atau hak intelektual sekiranya peserta melanggar peraturan tersebut.

x. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

xi. Peserta pertandingan juga bebas memilih perisian aplikasi percuma untuk membina laman blog seperti Blogspot, Wix.com, Weebly, Zoho Sites, IM Creator, Wordpress, Joomla, Drupal dan sebagainya.

xii. Selepas pengumuman di buat bagi sekolah-sekolah yang layak ke peringkat akhir, laman blog tersebut boleh dikemaskini dengan lebih baik untuk di bawa ke pertandingan akhir pada 19 Julai 2018

 

 

 

PrintEmail

  • /index.php/e-kehadiran-apdm/762-majlis-hitea-sempena-perpisahan-pn-nor-hafizah-bt-musa
  • /index.php/e-kehadiran-apdm/760-gotong-royong-perdana-pss-program-khidmat-masyarakat-panitia-psk-2018