Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011

 

 

Seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM kepada semua pelajar Tingkatan 5 SMK Sultan Mansor Shah. Semoga kalian beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM tahun 2011 ini.

"Good Luck" and "All The Best"

 

 

PrintEmail

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2011

Seluruh warga sekolah mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMK Sultan Mansor Shah. Semoga kalian beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR tahun 2011 ini.

"Good Luck" and "All The Best"

PrintEmail

Makluman: Program Lawatan Penanda Aras Dan Membina Jaringan Ke Pulau Pinang

 

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Staff SMK Sultan Mansor Shah akan mengadakan Lawatan Penanda Aras Ke SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang pada tarikh dan ketetapan seperti yang tertera di atas. Bayaran lawatan ini adalah sebanyak RM 60 sahaja. Semua guru, staff sokongan dan AJK PIBG adalah dijemput untuk menyertai program lawatan ini. Semoga dengan adanya lawatan seumpama ini ke sekolah-sekolah di negeri lain, ianya akan dapat meningkatkan prestasi sekolah dan juga dapat membina jaringan hubungan yang baik antara kedua-dua buah sekolah.

 

Sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan Program Lawatan Penanda Aras dan Membina Jaringan ini,

sila layari : http://kelabgurusmksms.blogspot.com

PrintEmail

Pertandingan Bowling Terbuka Staff SMK Sultan Mansor Shah

Pada hari Jumaat minggu lepas 23 September 2011, Kelab Staff dan Guru SMK Sultan Mansor Shah telah menganjurkan satu pertandingan bowling terbuka kepada semua staff SMKSMS yang bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC). Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama warga sekolah dan juga menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu medium untuk beriadah. Beberapa kategori hamper telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu, dua hamper kategori Pemain Lelaki Terbaik, dua hamper kategori Pemain Wanita Terbaik, dan tiga hamper untuk kumpulan pemenang yang memperoleh kutipan mata yang tertinggi.

Berikut adalah pemenang kategori Pemain Lelaki Terbaik :  

1) En Alias bin Nayan

2) En Hamdan

Berikut adalah pemenang kategori Pemain Wanita Terbaik

1) Pn Halizah Kudus

2) Pn Norhayati Mamat

 

Kelab Staff dan Guru SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada para pemenang.

 

Sebarang maklumat lanjut berkaitan aktiviti Kelab Guru SMK Sultan Mansor Shah 2011, sila layari

http://kelabgurusmksms.blogspot.com

 

Gambar-gambar di sekitar pertandingan bowling terbuka SMK Sultan Mansor Shah yang diadakan di Melaka International Bowling Centre (MIBC), MITC, Melaka.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 30

(13 OGOS - 17 OGOS 2018

 

 

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 33 guests and no members online

Today 3

Yesterday 44

Week 270

Month 860

All 151517

Currently are 32 guests and no members online