PROGRAM TEAM BUILDING DAN JAMUAN AKHIR TAHUN LEMBAGA PENGAWAS SMK SULTAN MANSOR SHAH TAHUN 2014

 

 

Pada 1 Oktober 2014, bersamaan dengan hari Rabu, Lembaga Pengawas SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan satu program "Team Building" kepada semua pengawas, termasuk pengawas pelatih sekolah. Tujuan program "team building" ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan antara pengawas sekolah. Program "team buiding" ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Pada sebelah petangnya, jamuan akhir tahun Lembaga Pengawas pula diadakaan di Hotel Holiday Inn, Melaka.

PrintEmail

PERSARAAN PN BATIAH BINTI RAHMAT, PEMBANTU TADBIR N17 SMK SULTAN MANSOR SHAH 2014

Pada 30 September 2014, bersamaan dengan hari Selasa, seluruh warga SMK Sultan Mansor Shah telah meraikan persaraan Pn Batiah binti Rahmat, Pembantu Tadbir N17, yang telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Sultan Mansor Shah. Majlis ini telah disambut dengan gilang gemilang oleh semua guru dan pelajar.

Pada sebelah petangnya, satu majlis jamuan hi-tea yang dianjurkan oleh Kelab Staf telah diadakan di A'Famosa Golf and Country Resort bagi meraikan persaraan Pn Batiah binti Rahmat.

Turut hadir bersama-sama bagi meraikan majlis ini ialah, YDP PIBG SMK Sultan Mansor Shah, Tn Hj Rahmat bin Md Akib.

 

 

 

 

 

 

 

TONTON DI YOUTUBE

PrintEmail

MAJLIS JASAMU DIKENANG EN PANG NAN CHANG 2014

Pada 27 September 2014 bersamaan Hari Sabtu yang lalu, seluruh warga SMK Sultan Mansor Shah telah mengadakan satu majlis iaitu Majlis Jasamu Dikenang atas perpindahan En Pang Nan Chang ke sekolah SMJK Pulau Sebang sebagai Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan.

Seluruh warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan bakti beliau sepanjang berada di sekolah ini selama hampir 16 tahun.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada En Pang Nan Chang atas kenaikan pangkat beliau.

 

Tonton di Youtube

PrintEmail

PROGRAM PERMATA IBUNDA SMKSMS 2014

Pada hari Rabu yang lalu, bersamaan dengan 10 September 2014, Unit Kaunseling dengan kerjasama Unit HEM SMKSMS telah menganjurkan Program Permata Ibunda khas untuk para pelajar yang akan mengambil Peperiksaan PT3 dan juga Peperiksaan SPM. Pihak sekolah menggalas harapan besar kepada pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 tahun ini untuk mencapai target sekolah seterusnya melonjakkan pencapaian sekolah. Berikut adalah target-target yang telah disasarkan oleh pihak sekolah kepada calon PT 3 dan SPM pada tahun ini.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk:

  1. Mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif kepada semua pelajar.
  2. Melahirkan budaya cemerlang dan gemilang dalam kalangan pelajar SMK Sultan Mansor Shah.
  3. Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi, cinta ilmu dan sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik mereka.
  4. Menyediakan pelajar supaya sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan.

PrintEmail

SMK SULTAN MANSOR SHAH - MENGENANG MH17

Pada 22 Ogos 2014, bersamaan hari Jumaat minggu lalu adalah merupakan HARI BERKABUNG MALAYSIA sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donetsk, Timur Ukraine. Pada hari Jumaat tersebut, bendera sekolah juga telah dikibarkan separuh tiang tanda berkabung. Seramai 20 orang jenazah mayat mangsa nahas MH17 telah dibawa pulang dengan menggunakan pesawat yang diterbangkan khas dari Amsterdam.

Semasa upacara perkabungan ini dijalankan, seluruh rakyat Malaysia diminta untuk turut bersama-sama bertafakur bagi memperingati mangsa nahas tragedi ini.

Tafakur membawa makna "kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (Al-Jurjani, Kitab al-Ta'rifat, m/s 77)

Kami dari seluruh warga SMK Sultan Mansor Shah mengucapkan takziah kepada waris dan ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

 

AL - FATIHAH

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 15

(16 APR - 20 APR 2018)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 51 guests and no members online

Today 52

Yesterday 51

Week 264

Month 1026

All 146514

Currently are 33 guests and no members online