PROGRAM KECEMERLANGAN SPM SAINS

 

Pada hari Jumaat bersamaan 13 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Sains untuk pelajar Tingkatan 5 telah diadakan di Bilik seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program melibatkan pelajar tingkatan 5 tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar dan meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan Sains. Selain itu, program yang dilakukan ini adalah bagi memenuhi masa senggang pelajar ketika musim peperiksaan. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut.

PrintEmail

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM MATEMATIK

 

Pada hari Jumaat bersamaan 13 Mac 2016, satu program Kecemerlangan Matematik untuk pelajar Tingkatan 5 telah diadakan di Bilik seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Program melibatkan pelajar tingkatan 5 tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan sedia ada pelajar dan meningkatkan kemahiran pelajar untuk menjawab soalan Matematik. Selain itu, program yang dilakukan ini adalah bagi memenuhi masa senggang pelajar ketika musim peperiksaan. Program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pelajar. Pelajar-pelajar kelihatan bersemangat dengan setiap aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut.

PrintEmail

PROGRAM PERKHEMAHAN BULAN STEM BERSAMA UKM

 

Pada 28 April hingga 1 Mei 2016 bersamaan hari Khamis hingga Ahad satu perkhemahan Bulan STEM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan di Selai, Endau Rompin. Program ini adalah kerjasama antara dua buah sekolah iaitu SMK Sultan Mansor Shah, Melaka dan SMK Seri Intan , Kluang. Program ini melibatkan pelajar-pelajar 4 Sains bersama Pn NorAshikin, Pn Seetha dan turut disertai oleh Pn Norsiah Bt Masdar, Pengetua SMK Sultan Mansor Shah.

Objektif bagi program perhkemahan ini ialah :

  1. Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar dan guru mengenai bidang ekologi dan sistematik.
  2. Pendedahan awal kepada pelajar terhadap kerja-kerja lapangan.
  3. Memberi pendedahan dan bimbingan tentang kerjaya dalam bidang ekologi.
  4. Menanam minat yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk meneruskan pengajian dalam bidang ekologi.

Program perkhemahan tersebut telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti antaranya seperti eksplorasi alam dan persampelan, persediaan aktiviti masak di hutan, memerangkap serangga dan mengira populasi serangga, pembentangan kumpulan, menikmati keindahan alam, night walk dan memasak dalam hutan. Segala aktiviti yang berlangsung sangat-sangat memberi manfaat kepada para peserta, justeru ilmu yang diperoleh ini moga dapat digunakan pada masa akan datang dengan sebaik mungkin.

 

PrintEmail

PROGRAM SENGGANG KECEMERLANGAN BIOLOGI & KIMIA

 

Pada hari Khamis bersamaan 17 Mac 2016, satu program senggang Kecemerlangan Biologi dan Kimia untuk pelajar 5 Sains telah diadakan di kelas mereka. Program tersebut dikendalikan oleh Pn Nor Hafizah Bt Musa, GPK Kokurikulum dibantu oleh Pn Nur Nadanadirah Bt Abdul Kamal. Program ini bertujuan untuk memberi tips akhir sebelum peperiksaan pertengahan tahun, latihtubi kemahiran mendefinisikan secara operasi juga diberikan serta yang teristimewa ialah pemberian buku ”PECUTAN AKHIR BIOLOGI & KIMIA” secara percuma kepada semua pelajar sebagai rujukan persediaan menghadapi peperiksaan. Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu yang diberikan sepanjang program tersebut dengan baik untuk digunakan bukan sahaja dalam peperiksaan pertengahan tahun malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2018

MINGGU 17

(30 APR - 04 MEI 2018)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 48 guests and no members online

Today 55

Yesterday 51

Week 55

Month 775

All 147794

Currently are 30 guests and no members online