SEMINAR PEMBUDAYAAN INOVASI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

Pada hari Jumaat bersamaan 19 Mei 2017, satu seminar pembudayaan inovasi dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 diadakan di Bilik Seminar, SMK Sultan Mansor Shah. Seminar ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En.Gangkatharan. Program ini dijalankan adalah untuk  menjadikan pelajar-pelahar berfikiran kreatif ,inovasi dan inventif dalam penyelesaian masalah. Selain itu, program ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya cipta dalam menghasilkan sesuatu profile. Seminar ini dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pelajar. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan kesan positif kepada semua pelajar.

PrintEmail

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2017

Tanggal 16 mei setiap tahun merupakan Hari Guru yang semestinya akan disambut oleh setiap sekolah. SMK Sultan Mansor Shah tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Guru. Pada Hari Selasa bersamaan 16 Mei 2017 sambutan Hari Guru telah disambut diperingkat sekolah. Kemeriahan Hari Guru tahun ini sangat dirasai apabila tema “Black White and Hat” telah dipilih oleh Pengetua Pn Norsiah Bt Masdar. Pelbagai fesyen pakaian dipakai oleh guru-guru mengikut tema yang diberi. Guru-guru dan para pelajar turut teruja dengan tema yang dipilih.

            Sambutan Hari Guru dirancangan dan dikendalikan oleh Pengawas Sekolah dan beberapa ajk dari kelab lain. Sambutan dijalankan di dalam dewan terbuka sekolah. Pelbagai persembahan dapat dilihat dari pelbagai kaum. Persembahan nyanyian daripada Pengetua, Pn. Norsiah Bt Masdar juga memeriahkan lagi suasana sambutan. Pihak sekolah amat-amat berterima kasih kepada penyumbang kek dari pelbagai pihak sempena sambutan tersebut. Guru-guru begitu gembira dengan sambutan tersebut kerana berasa dihargai menjadi seorang pendidik. Semoga guru-guru akan terus bersemangat dan cemerlang menjadi seorang pendidik. Terima kasih cikgu!! 

PrintEmail

KONVOI KEMBARA ILMU BERSAMA SMK DATO HAJI TALIB KARIM

Pada hari Sabtu bersamaan 6 Mei 2017, satu konvoi kembara ilmu bersama pelajar-pelajar SMK Dato Haji Talib Karim ke Pesta Buku Antarabangsa, di PWTC Kuala Lumpur. Antara guru yang telibat ialah Pn. Norzahariah, Cik Wan Safiah dan Pn. Nurul Ain Bahyah bersama-sama 17 orang pelajar SMK SMS. Konvoi Kembara ke pesta buku tersebut merupakan koleborasi antara SMK Sultan Mansor Shah dan SMK Dato Haji Talib Karim. Tujuan konvoi tersebut adalah untuk menggalakan sikap membaca dalam kalangan pelajar serta menambah koleksi buku yang ada. Selain itu, konvoi ini juga menyahut seruan program berkolaborasi bersama sekolah kawasan Alor Gajah. Justeru, program sebegini amatlah digalakkan oleh pihak sekolah.

PrintEmail

SAMBUTAN MENGHARGAI KEMENANGAN PASUKAN DRAMA DAN PERPISAHAN CIKGU IZZATI

Pada hari Jumaat bersamaan 5 Mei 2017, satu sambutan menghargai kemenangan pasukan drama telah diadakan di Restoran Nasi Arab, Tampin. Majlis yang dihadiri oleh Puan Pengetua Pn Norsiah Bt Masdar, Pn Norhafizah Bt Musa, Pn Zanariah Bt Salleh, En Safri dan En Farhan memeriahkan lagi suasana. Sambutan tersebut juga merupakan majlis perpisahan Cikgu Izzati yang merupakan hari terakhir berkhidmat sebagai guru ganti di SMK SMS. Ucapan terima kasih atas komitmen yang diberikan amat dihargai oleh pihak sekolah. Semoga Cik Izzati akan terus maju jaya dalam bidang yang diceburi. Ucapan syabas dan tahniah kepada pasukan drama sekolah juga kerana telah Berjaya merangkul kejuaraan di peringkat negeri Melaka. Kemengangan ini amat dibanggakan oleh pihak sekolah. Semoga pasukan drama akan terus maju jaya pada masa akan datang.

PrintEmail

.

PENGUMUMAN

GURU BERTUGAS 2017

MINGGU 22

(19 - 22 JUN 2017)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 17 guests and no members online

Today 22

Yesterday 38

Week 136

Month 1566

All 132848

Currently are 16 guests and no members online