PROGRAM SUNTIKAN A+ KIMIA SPM BERSAMA PETRONAS

Pada hari Rabu bersamaan 31 Mei 2017, satu program Suntikan A+ Kimia  Spm Bersama Petronas untuk pelajar Tingkatan 5 Sains telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh. Program tersebut bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang yang dikendalikan oleh Pn Nor Hafizah Bt Musa, GPK Kokurikulum SMK Sultan Mansor Shah. Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh jawatankuasa kurikulum sekolah SMK Sultan Mansor Shah. Antara guru yang terlibat ialah pengetua Pn. Norsiah, Pn. Seetha dan Pn. Norashikin. Objektif bagi program ini adalah pelajar dapat menguasai teknik belajar yang berkesan dan mengenalpasti teknik menjawab soalan yang tepat. Program ini berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian subjek Kimia dalam SPM 2017 kelak

PrintEmail

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1438H/2017

Pada hari Jumaat bersamaan 26 Mei 2017, satu Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan telah diadakan di Dewan An Nur dan Surau An-Nasirin, SMK Sultan Mansor Shah. Program ini bukan hanya melibatkan warga SMK SMS tetapi ibu bapa pelajar juga turut dijemput. Antara objektif bagi program ini adalah untuk meraikan kedatangan bulan Ramadhan, memperbanyakkan amalan sunat di bulan yang diberkati, memberikan pengalaman kepada pelajar suasana majlis di bulan Ramadhan, merapatkan hubungan sesama guru, ibu bapa dan pelajar serta memberi kesedaran tentang tanggungjawab untuk berpuasa. Program ini dimulakan dengan solat Dhuha, solat Taubat dan solat Hajat. Setelah selesai majlis diteruskan dengan pelancaran program Ihya’ Ramadhan Majlis diaturcarakan oleh Ustaz Mohd Zamri Bin Ismail. Pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar dan nasyid Asmaul Husna. Pelancaran diteruskan dengan ucapan pengetua Pn Norsia Bt Masdar dan dirasmikan oleh pengerusi PIBG SMK SMS Tn Hj. Rahmat B. Md Akib. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Sofee Bin Mustafa. Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jamuan makan untuk semua warga SMK SMS. program tersebut merupakan penutup bagi persekolahan penggal pertama.

 

 

PrintEmail

PROGRAM ATITITUDE TRANSFORMATION THROUGH TEAM BUILDING

Pada hari Jumaat bersamaan 26 Mei 2017, satu Program Atititude Transformation Through Team Building untuk pelajar-pelajar bukan Islam telah diadakan di Dewan Dewan Terbuka, SMK Sultan Mansor Shah. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral dan Unit Bimbingan & Kaunseling. Program ini juga hanya melibatkan guru-guru bukan islam dan GBKM. Objektif bagi program ini ialah mencetuskan keinginan untuk melakukan tugas dengan minat dan efektif, meningkatkan daya kreativiti serta disiplin diri dalam kerja berpasukan, dan meningkatkan perpaduan dalam kerja berpasukan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelbagai aktiviti dalam kumpulan dan senamrobik. Majlis berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jamuan makan untuk semua warga SMK SMS. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi kesan positif kepada semua pelajar.

PrintEmail

PROGRAM "COMPILING" PERUMUSAN PAJSK 2017

Pada hari Khamis bersamaan 25 Mei 2017, satu Program Compiling Perumusan PAJSK 2017 telah diadakan di setiap kelas bermula jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Program ini melibatkan semua guru tingkatan dan penyelaras tingkatan bersama pelajar. Objektif bagi program ini ialah membuat rumusan penskoran Pajsk dan menyediakan data untuk diisi secara online.  Program berjalan dengan lacar dan mendapat kerjasama daripada semua guru dan pelajar.

PrintEmail

PERTANDINGAN KUIZ PUSAT SUMBER SEKOLAH SECARA ONLINE PERINGKAT NEGERI MELAKA

Pada hari Selasa bersamaan 23 Mei 2017, satu pertandingan kuiz Pusat Sumber Sekolah secara online peringkat negeri Melaka diadakan di Pusat Akses, SMK Sultan Mansor Shah. Pertandingan ini dijalankan adalah untuk menjadikan ict sebagai lapangan dalam program Pss di peringkat negeri Melaka. Selain itu dapat membantu pelajar membuka minda dan menjana ilmu pengetahuan dalam soalan kuiz yang dikemukakan. Pertandingan ini dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pelajar. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.

PrintEmail

KURSUS PENDEDAHAN eRPM GURU-GURU ICT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI MELAKA

Pada hari Isnin bersamaan 22 Mei 2017, satu Kursus Pendedahan E-Rpm Kepada Guru-guru Ict Sekolah-Sekolah Rendah Dan Menengah Negeri Melaka telah diadakan di Hotel Kobemas, Ayer Keroh Melaka. Kursus yang dianjurkan oleh Gabungan Koperasi Sekolah-Sekolah Melaka Berhad itu telah dihadiri oleh Puan Pengetua, Pn Norsiah Bt Masdar dan Cik Suriati Binti Abd Rahim. Kursus tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada sistem Erpm (Elektronik Rekod Persediaan Mengajar) dengan lebih terperinci. Selain itu, setiap guru ict yang hadir akan berpeluang untuk ‘Hands On’ dan bertanya sendiri dengan pembina sistem Erpm dan jika mempunyai masalah semasa menggunakan sistem. Kursus tersebut juga mengharapkan guru-guru dapat mengaplikasikan sistem Erpm di sekolah masing-masing dengan menggunakan Google Drive. Selain itu, sistem ini dapat membantu pentadbir sekolah memantau perekodan yang dibuat oleh guru dalam Erpm dengan lebih mudah dan efisyen.

PrintEmail

.

PENGUMUMAN

GURU BERTUGAS 2017

MINGGU 22

(19 - 22 JUN 2017)

LOG MASUK

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 19 guests and no members online

Today 22

Yesterday 38

Week 136

Month 1566

All 132848

Currently are 18 guests and no members online