PROGRAM KEROHANIAN

MAJLIS PEMBUDAYAAN BACAAN SURAH AL-KAHFI BAGI PELAJAR ISLAM

Pada hari Jumaat bersamaan 23 September 2016, satu program kerohanian bacaan Yassin dan pembudayaan surah Al-Kahfi telah diadakan di Dewan An Nur. Program tersebuat dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zamri Bin Saat. Setelah bacaan Yassin selesai, majlis diteruskan dengan pembudayaan bacaan surah Al-Kahfi. Kemudian sedikit tazkirah dan nasihat disampaikan oleh En Abdul Manaff Bin Md Daud kepada pelajar-pelajar. Semoga program berbentuk kerohanian seperti ini dapat membimbing akhlak dan sikap para pelajar ke arah yang lebih positif dan baik.

 

SEMBAHYANG HAJAT BAGI PELAJAR INDIA TINGKATAN 5 DAN 3 DI KUIL VINAYAGAR 

Pada hari Jumaat bersamaan 23 September 2016, satu program kerohanian sembahyang hajat bagi pelajar India tingkatan 5 dan 3  telah diadakan di Kuil Vinayagar. Program ini dikendalikan oleh En Rajan dan En Kanan. Program tersebut dimulakan dengan penerangan oleh En Rajan dan diteruskan dengan sembahyang hajat. Sembahyang hajat ini bertujuan memohon agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal tiba. Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar agar berusaha lebih gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 dan SPM kelak.

 

PrintEmail

PROGRAM HIP

Pada 20 September 2016 bersamaan hari Selasa, satu program HIP “Oh My Dictionary” telah diadakan di Dataran Selamat sebelum waktu pertama dimulakan. Aktiviti tersebut bertujuan meningkatkan pengetahuan pelajar tentang maksud perkataan Bahasa Inggeris melalui kamus. Pelajar-pelajar diminta supaya membawa setiap hari kamus agar digunakan setiap masa samada ketika program HIP atau waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semoga aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan pelajar tentang maksud perkataan Bahasa Inggeris.

PrintEmail

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

Pada hari Isnin bersamaan 19 September 2016, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan ketika perhimpunan di Dataran Tun Perak, SMK Sultan Mansor Shah. Pada 01 Ogos 2016 yang lalu ,seramai tiga orang pelajar tingkatan 2 iaitu Nur Putri Nadia Bt Mohd Norhafiz, Nurul Syafiqah Bt Aziz dan Nurfarhanah Bt Mohd Zol yang telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Maggie. Dalam pertandingan tersebut pasukan sekolah telah memenangi tempat yang ke lima. Justeru, penyampaian hadiah diperingkat sekolah telah diadakan dan hadiah disampaikan oleh Puan Norsiah Bt Masdar, Pengetua SMK Sultan Mansor Shah. Hadiah berupa medal, sijil dan barangan Maggie diberikan kepada Saudari Nurul Syafiqah Bt Aziz, Nurfarhanah Bt Mohd Zol dan Nur Putri Nadia Bt Mohd Norhafiz. Syabas dan tahniah atas usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru yang memberi bimbingan. Semoga akan lebih berjaya pada masa akan datang.

PrintEmail

.

GURU BERTUGAS 2016

MINGGU 35

(26 - 30 SEPT 2016)

 

Calon Cemerlang

PT3 & SPM 2016

PAUTAN LUAR

  • Portal Kerajaan Malaysia
  • Portal KPM
  • Emis Online
  • SPP Online
  • JPN Melaka
  • PPD AG
  • E-Operasi
  • EduwebTV
  • Eg Tukar
  • E-Filing
  • HRMIS
  • E-Gaji
  • MAMPU
  • JPA

TETAMU ONLINE

We have 5 guests and no members online

Today 113

Yesterday 130

Week 537

Month 2881

All 112938

Currently are 5 guests and no members online